Latihan industri ini merupakan sebahagian daripada syarat yang perlu di
penuhi oleh setiap pelajar Politeknik untuk mendapat satu penganugerahan Sijil
atau Diploma daripada sesebuah Politeknik.
Menjalani latihan industri juga merupakan satu pendedahan atau pendekatan
yang amat penting kepada para pelajar terutamanya kepada para pelajar
politeknik. Secara umumnya, program
latihan industri ini adalah salah satu hasrat daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi merealisasikan impian mereka untuk melahirkan golongan
profesional serta berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang yang mereka pelajari bagi memenuhi keperluan kepada tenaga asing
kelak. Selain itu, kursus yang
ditawarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia ini adalah bertujuan bagi
menghasilkan dan meningkatkan kemahiran para pelajar serta menimba ilmu
pengetahuan terutamanya pengetahuan dalam bidang yang dipelajari. Di samping itu juga, latihan industri banyak
memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keadaan sebenar sebelum pelajar
melangkah kaki ke dunia pekerjaan.
Latihan industri ini juga banyak membantu dan memberi manfaat kepada para
pelajar untuk menambah dan meluaskan lagi ilmu pengetahuan yang mereka telah
pelajari. Latihan industri ini juga
dapat membantu para pelajar mengaplikasikan masalah yang telah dihadapi di
samping meningkatkan lagi minda para pelajar terhadap pengajian mereka di
politeknik.
Justeru latihan industri dapat
memberi manfaat kepada pelajar untuk mengamalkan
ilmu- ilmu yang dapat diperolehi untuk dijadikan sebagai satu pengalaman jika di alam pekerjaan yang
sebenar dan membentuk personaliti diri
yang baik. Dengan adanya penerangan dari unik latihan
industri dapat menjalani latihan industri dengan baik dan lancar, dan dapat
menyiapkan laporan untuk dijadikan sebagai rujukan tentang tugas yang
dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment