DEDEKASI


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan Laporan Latihan Industri ini.  Khususnya kepada ayahanda Mohd Zamri Bin Mat Isa  dan bonda Hanisah Binti Jahaya, rakan-rakan seperjuangan kerana banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

Tidak lupa juga kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang banyak membantu saya dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan Latihan Industri ini, tidak lupa juga di atas segala pengorbanan pensyarah yang membantu saya menjalani Latihan Industri dalam keadaan yang sempurna.

Akhir sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada En Muhammad Nazri Bin Abdullah selaku  Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama kerana memberi peluang kepada saya menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut. Beliau banyak memberi teguran yang membina untuk dijadikan sebagai panduan apabila menempuh alam pekerjaan kelak. Sesungguhnya jasa anda semua terlalu banyak dan bernilai buat diri saya. Semoga kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T hendaknya. In Sha Allah.








No comments:

Post a Comment