KOMEN DAN CADANGAN


Setelah menjalani latihan industri selama 20 minggu, saya mula rasa betapa pentingnya latihan praktikal diberikan kepada setiap pelajar yang akan menjalani latihan industri.  Sepatutnya kami, para pelajar tidak hanya dibekalkan dengan ilmu ilmu teori sahaja.  Ini kerana, pihak syarikat amat memerlukan seorang pelajar yang serba boleh, dan tidak hanya tahu melakukan satu kerja sahaja.

Selama saya berada di Pejabat Daerah Dan Tanah Selama, saya telah didedahkan dengan pelbagai tugas.  Kebanyakan tugas-tugas yang diserahkan kepada saya kadangkala agak mencabar. 

Kesimpulannya, latihan industri sangat bermanfaat dan harus dipraktikkan disemua pusat pengajian tinggi kerana dapat memberikan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga kepada pelajar dan ini sangat penting bagi mendedahkan kepada pelajar dengan lebih jelas mengenai bidang kejuruteraan memandangkan ia semakin membangun selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan jurutera yang berkualiti dan dinamik serta berdaya saing. 



Di antara cadangan-cadangan saya ialah :
  • Sebelum menjalani latihan industri, politeknik perlu memastikan tempat latihan tersebut adalah bersesuaian agar pengetahuan dan pengalaman dapat ditimba dengan sebaik mungkin.
  • Pelajar perlu diberikan kursus untuk memahirkan mereka dalam percakapan seharian.  Pihak firma atau organisasi yang mengambil pelajar perlu menyediakan jadual khas untuk mereka agar dapat melakukan kerja dengan lebih teratur, cepat dan berkesan.  Seharusnya organisasi yang mengambil pelajar melatih mereka seperti pekerja sendiri.
  • Pihak yang terlibat juga perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dan sesuai semasa mereka berada disana untuk memudahkan kerja dilakukan.
  • Peraturan keselamatan juga perlu diadakan atau diperketatkan untuk mencegah sebarang kemalangan.
  • Memberi peluang kepada pelajar atau pelatih untuk mengetahui sesuatu bidang atau perkara baru dan tidak hanya khusus pada satu bidang sahaja.

Walaupun cadangan dan saranan saya ini agak sukar untuk dilaksanakan, tetapi bagi saya ianya akan memberikan pulangan yang baik kepada Pihak Politeknik. Unit Perhubungan dan Latihan Industri juga tidak perlu lagi memikirkan masalah - masalah yang timbul seperti yang berlaku sekarang, contohnya pelajar ponteng daripada kerja, menukar tempat latihan dengan sendirinya tanpa pengetahuan Pihak Politeknik, tidak dapat menghantar laporan yang lengkap pada tarikh yang telah ditetapkan disamping tidak dapat menghasilkan laporan yang baik.  Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi akademik Politeknik itu sendiri.  Jadi, saya berharap kerjasama daripada semua pihak baik daripada pelajar mahupun Pihak Politeknik agar mempertimbangkan saranan dan cadangan yang saya utarakan ini.

                                                                             

1 comment:

  1. comelnya blog. macam mna nak buat blog comel mcm ni?

    ReplyDelete