LAPORAN TEKNIKAL 4

Menguruskan Sebut Harga Tahun 2015



Saya  telah ditugaskan menguruskan proses pembelian minggu sebut harga. Sebelum itu, saya akan menyusun borang-borang tersebut mengikut nombor siri.

Borang disusun mengikut nombor siri

Sebelum kontraktor membuat pembayaran mereka boleh merujuk kenyataan sebut harga yang ditampal untuk melihat nombor siri yang tertera senarai projek .




Kenyataan sebut harga

Seterusnya, saya akan menyemak resit pembayaran  dan mengambil borang sebut harga dengan melihat nombor siri yang tertera di dalam resit tersebut .sebelum menyerahkan borang sebut harga, saya perlu menulis nombor resit dan tarikh dengan menggunakan pen berwarna biru.

Dan kontraktar akan menghantar borang tersebut ke dalam peti sebut harga  sebelum 14/4/2015 selewatnya  jam 12 tengahari. Selepas itu ,saya ditugaskan untuk membuka peti tersebut dan mengasing borang tersebut untuk proses seterusnya.

Peti sebut harga

Membuka borang sebut harga

Mengasingkan borang sebut harga


Selain itu,saya dan pelajar praktikal yang lain akan mengecop semua borang tersebut mengikut nombor siri sebelum disemak dan disahkan .

Mengecop borang sebelum disahkan


Borang yang telah dicop mengikut nombor siri

Langkah seterusnya,borang tersebut akan disahkan oleh jawatankuasa pembuka sebut harga dan menyemak dokumen yang perlu ada. Borang tersebut akan ditandatangan oleh pihak jawatankuasa sebut harga .Seterusnya ,borang sebut harga tersebut akan dinilai oleh Penolong Jurutera untuk penilaian markah sebelum diberikan perlaksanaan projek untuk tahun 2015.

No comments:

Post a Comment