LAPORAN TEKNIKAL 3

Membuka kaunter BR1M

Pada hari pertama saya bekerja, saya diberikan tugas untuk menguruskan kaunter BR1M. Tujuan kaunter BR1M dibuka Di Pejabat Tanah Selama  untuk memudahkan penduduk Selama dan kawasan berhampiran  mengemaskini dan memohon BR1M untuk Tahun 2015. Ini kerana Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri berada jauh dari Selama.

Menyerahkan borang kepada orang awam


Di sini ,orang awam boleh mendapatkan borang Kemaskini dan Permohonan Baru BR1M untuk tahun 2015. Saya akan menyerahkan borang tersebut kepada orang awam serta perlu  menjelaskan kepada mereka cara untuk mengisi borang tersebut serta dokumen yang perlu diberikan semasa menghantar borang. Sekiranya mereka meminta tolong untuk mengisi borang, saya akan membantu mereka dengan sebaik yang mungkin.

Borang kemaskini dan permohonan baru

Setelah itu, saya akan menerima borang yang telah lengkap diisi untuk disemak dan diasingkan mengikut jenis permohonan sama ada borang yang dihantar adalah borang permohonan baru dan borang kemaskini. Setelah siap membuat pengasingan, borang-borang tersebut akan di cop akuan penerimaan dan keratan akuan penerimaan tersebut diberikan kepada pemohon. Seterusnya borang-borang tersebut dihantar ke Pejabat LHDN.

Mengisi borang untuk orang awam

Disini, saya dapat melihat pelbagai ragam manusia yang perlu dilayan. Saya haruslah  mempunyai sikap kesabaran yang amat tinggi semasa berhadapan dengan orang ramai .

No comments:

Post a Comment