OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan matlamat politeknik untuk melahirkan pelajar yang berjaya, cemerlang dan bertanggungjawab serta dapat mengharumkan nama industri pengajian teknikal seperti politeknik di sektor pekerjaan swasta mahupun kerajaan. Bagi mencapai matlamat tersebut, Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) telah menggariskan beberapa objektif latihan industri untuk dicapai sepenuhnya oleh setiap pelajar yang menjalankan latihan tersebut. Di antara objektif-objektif yang disebutkan adalah seperti berikut :
  • Dapat meningkatkan keyakinan diri.  Keyakinan diri dapat dipupuk dalam menjalani latihan industri ini.  Ia hanya akan diperoleh jika pelajar itu sendiri mempercayai dan disenangi oleh pihak majikan semasa praktikal.
  • Dapat meningkatkan rasa tanggungjawab. Semasa latihan industri pelajar akan didedahkan dengan tugas  yang bekaitan tentang suasana kerja yang sebenar.  Ini dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kerja yang diberikan serta dapat mendedikasikan diri terhadap tugas yang dilakukan.
  • Memupuk semangat berpasukan dan perhubungan yang baik diantara majikan dan pekerja serta dapat menjalinkan hubungan yang baik diantara organisasi dan Politeknik Balik Pulau.
  • Memberi peluang kepada para pelajar menghubungkan kefahaman teori dan amali melalui aktiviti praktikal di organisasi.
  • Melahirkan pelajar yang cekap dalam menguruskan masa dan menyesuaikan diri dalam penggunaan aplikasi teknologi yang terkini yang digunakan oleh pihak organisasi.
  • Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan aspek praktikal atau sebaliknya.
  • Memupuk nilai kesabaran dan ketabahan dalam diri pelajar.
  • Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.




No comments:

Post a Comment