LAPORAN TEKNIKAL 1


Minit Mesyuarat

Sepanjang 20 minggu saya berada di PDT Selama, saya telah diberi tugas untuk membuat minit mesyuarat  koordinasi bagi perlaksanaan Program Mobile Ctc di Negeri Perak sesi 1. Setiap perkara / isu yang berbangkit dalam mesyuarat perlu dicatatkan dengan jelas untuk dimasukkan ke dalam minit mesyuarat kerana perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.

Perkara yang perlu dalam penyediaan minit mesyuarat ialah butiran tentang mesyuarat. Butirannya ialah nama mesyuarat, tarikh dan masa, tempat bermesyuarat, senarai nama orang yang hadir dan tidak hadir, ulasan pengerusi dan isu berbangkit.


Bagi isu yang berbangkit, sebarang tindakan dan keputusan yang terakhir daripada perbincangan tentang perkara berbangkit yang dikemukakan dalam mesyuarat itu dilaporkan secara ringkas. Minit juga menyentuh tindakan susulan yang perlu diambil oleh jabatan atau pegawai yang berkenaan.



Setelah selesai membuat minit, minit akan diserahkan kepada setiausaha untuk mendapat pengesahan dan cadangan serta sokongan. Pengerusi akan menandatangani minit pada tempat yang disediakan. Minit ini akan diserahkan juga kepada pihak yang berkenaan untuk mesyuarat seterusnya.

No comments:

Post a Comment