LATAR BELAKANG ORGANISASI

Pengenalan Organisasi

Butir-butir Organisasi

                    Nama                         : Pejabat Daerah Dan Tanah
                    Alamat Syarikat         : Pejabat Tanah Dan Tanah
                                                      : Selama 34100 Selama Perak 
                    No. Tel Pejabat         : (605) 05-8394963
                    No. Tel Fax               : (605) 05-8394044
                    Email                         : pdtselama.perak.gov.my
                     Url                            : http://pdtselama.perak.gov.my/



Latar Belakang Penubuhan Organisasi


            

Bangunan Pejabat Daerah dan  tanah Selama terdiri dari 1 blok bangunan dua tingkat dibina di atas kawasan satu ekar persegi dengan ruang lantai 800 meter persegi. Bangunan ini dibina dengan kos RM1.945 juta. Peruntukan Kerajaan Persekutuan RM1.5 juta dan bakinya dari peruntukan Kerajaan Negeri. Ianya mula dibina pada 28 Ogos 1995, siap dibina pada 31 Mei 1997 dan mula diduduki pada 15 September 1997. Pejabat ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28.06.1999.

Bangunan baru yang dibina adalah lebih luas dan lebih selesa.  Pembahagian bahagian-bahagian adalah seperti berikut :
Tingkat bawah  – Pejabat Tanah
Tingkat Satu     - Bahagian Pentadbiran dan kewangan
Tingkat Dua     -  Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Bilik Gerakan

Pejabat Tanah Dan Daerah Selama merupakan sebuah jabatan kerajaan yang fungsi utamanya ialah berkaitan dengan pengurusan pentadbiran tanah. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan ialah berkaitan dengan Pembangunan dan Perundangan Tanah, Penguatkuasaan, Urusan Pendaftaran, Kawalselia Hakmilik Strata dan Pengeluaran Bil-Bil Cukai Tanah.

Perkhidmatan di bawah aktiviti Pembangunan dan Perundangan Tanah termasuklah Permohonan-Permohonan Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan/Bahagian Tanah, Pengambilan Balik Tanah, Pelupusan Tanah (Berimilik dan Lesen Pendudukan Sementara). Aktiviti Penguatkuasaan Tanah ialah tindakan kawalselia ke atas tanah-tanah yang tertakluk kepada beberapa Akta Pemeliharaan Tanah 1960, Warta Taliair, Enakmen air dan lain-lain, manakala aktiviti pendaftaran termasuklah Pendaftaran Surat Hakmilik dan Pendaftaran Urusniaga (i.e Pindah Milik, Gadaian, Pajakan) dan pendaftaran bukan urusniaga (i.e Kaveat).

Selain itu satu unit yang di namakan Unit Hakmilik masih lagi dikekalkan di mana unit ini bertanggungjawab untuk menukar saki baki suratcara lama kepada Suratan Hakmilik baru di bawah Kanun Tanah Negara.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa adalah selaras dengan hasrat untuk terus menggerakkan pembangunan Hartanah Negeri Perak oleh sektor kerajaan dan swasta.




No comments:

Post a Comment