Latihan industri merupakan satu peluang untuk pelajar politeknik
melengkapkan diri sebelum ke alam pekerjaan yang sebenar kelak serta dan cabaran yang akan dilalui. Selain itu, pelajar juga berpeluang menimba
pengalaman yang tidak dapat di dalam
kuliah.
Latihan industri sangat penting kepada pelajar Politeknik
kerana latihan industri dapat memberi peluang yang amat besar kepada pelajar
untuk mengenali dengan lebih dekat serta mendedahkan diri dalam suasana
pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga
dapat mendalami bidang yang diceburi dengan ilmu-ilmu baru, canggih dan
terkini. Selain itu, pelajar juga akan
dapat pengalaman yang berguna supaya bersedia menerima apa jua arahan, teguran
mahupun kritikan dari pihak atasan.
Antara kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah :-
- Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
- Meluas dan menambah pengetahuan secara teori dan praktikal.
- Mempraktikan segala apa teori dan kemahiran yang dipelajari di Politeknik.
- Meluaskan pergaulan dengan kumpulan sekerja.
- Memperkenalkan diri pelajar sendiri kepada bakal majikan dari segi kebolehan, kesanggupan serta sikap.
- Menilai kebolehan diri sendiri di alam pekerjaan sebenar untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas menamatkan pelajaran kelak.
- Menimbulkan kesedaran dan meningkatkan minat pelajar tentang modul pelajaran yang akan diambil dalam semester ke empat, iaitu semester terakhir bagi pelajar sijil.
Semasa latihan industri pelajar juga akan diarahkan untuk
membuat kerja. Oleh sebab itu adalah
penting bagi para pelajar dapat mengamalkan sikap yang positif supaya dapat
mendengar arahan yang betul. Kecekapan
seseorang pelajar menerima, mentafsir dan melaksanakan arahan akan menentukan
kualiti kerja yang dihasilkan.
Selain itu, kepentingan latihan industri ini dapat
membolehkan pelajar mengamalkan sikap rasa tanggungjawab dan hormat menghormati
diantara para pekerja serta sikap amanah dalam menjalankan kerja yang dilakukan
ketika menjalankan tugas yang diberikan.
No comments:
Post a Comment