Penulisan laporan industri adalah diwajibkan kepada pelajar supaya pelajar
dapat menerangkan latihan praktikal yang dilakukan semasa berada di firma
secara bertulis. Kerja kerja yang
dilakukan semasa menjalani latihan industri diterangkan kepada bentuk yang
lebih mudah difahami serta dapat mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang
dilakukan sepanjang latihan. Di antara
objektif laporan penuh ini adalah bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh
pihak Politeknik Balik Pulau dan merupakan suatu elemen penting disebabkan
beberapa tujuan. Di antaranya adalah
seperti berikut:-
- Ia dapat mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang menjalani latihan industri ini.
- Dapat melatih pelajar untuk mematuhi arahan-arahan, kehendak serta keperluan yang ditetapkan oleh pihak organisasi dan pihak Politeknik.
- Dapat membuktikan seseorang pelajar telah menjalani latihan industri .
- Untuk menceritakan segala apa yang dipelajari semasa menjalani latihan industri (pengalaman kerja)
- Hasil laporan penuh ini boleh digunakan sebagai sumber rujukan setelah tamat pengajian kelak.
Selain itu, laporan harian merupakan dokumen yang penting kerana laporan
yang baik dan bermutu boleh digunakan sebagai dokumen sokongan semasa temuduga
kerja apabila pelajar mula melangkah ke alam pekerjaan sebenar kelak.
No comments:
Post a Comment