AKTIVITI ORGANISASI DAN PIAGAM PELANGGAN

Aktiviti Organisasi


SURAT DAN FAIL

  •   Menguruskan pendaftaran surat-surat biasa dan terperingkat yang diterima.
  •  Menguruskan pengedaran surat dan fail untuk tindakan.
  •   Menguruskan pendaftaran fail.
  •  Menguruskan penyimpanan dan pengeluaran fail.
  •   Menjawab semua surat-surat am.
  •   Menguruskan pelupusan fail.


SUMBER MANUSIA

  • Urusan tatakelakuan dan tatatertib.
  •  Latihan pegawai dan anggota.
  •   Perlaksanaan pekeliling dan arahan.
  •   Kursus Induksi Umum dan Khursus.
  •  Perlantikkan dan perkhidmatan .
  •  Pengurusan prestasi.


KEWANGAN

  •  Peruntukkan dan Sistem Vot berkomputer.
  • Anggaran belanjawan mengurus.
  •  Pembayaran gaji dan bil-bil serta elaun.
  •  Stor dan perolehan bekalan pejabat.
  • Kutipan hasil am.
  •  Duti setem.
  •  Kutipan bayaran Perumahan Awam.

HASIL

  • Kutipan Hasil Am
  • Proses permohonan Lesen Hiburan 
  • Urusan Duti Setem.
  • Perakaunan dan rekod hasil dan perumahan awam

Piagam Pelanggan

ANDA ADALAH PELANGGAN KAMI. KAMI AKAN BERUSAHA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG ADIL, MESRA DAN SEGERA KEPADA ANDA. KAMI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT .........

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan lebih bertanggungjawab disamping bersedia untuk meningkatkan prestasi dan imej jabatan.
  • Mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh laporan daripada jabatan-jabatan berkenaan diterima.
  • Menyediakan baucer bayaran perkhidmatan dan bekalan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh bil diterima daripada pembekal/pemborong.
  • Meningkatkan kutipan bayaran Rancangan Perumahan Awam dengan menggalakkan penyewa beli membuat bayaran secara sekaligus.
  • Membatalkan setem hasil ke atas dokumen atau suratcara dengan segera.
  • Mengeluarkan notis taksiran pindahmilik dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan.
  • Menjawab dan mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima dengan cepat mungkin.
  • Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni, selesa dan indah.


 BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  • Menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan lebih bertanggungjawab disamping bersedia untuk meningkatkan prestasi dan imej jabatan.
  • Setiap projek bagi perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelenggaraan dan kemudahan asas akan dilaksanakan dalam jangkamasa 6 (enam) minggu daripada tarikh peruntukan diterima dari Pejabat Pembangunan Negeri.
  • Baucar-baucar pembayaran bagi sebutharga boleh disediakan dalam masa dua (2) minggu dari tarikh pengesahan kerja dibuat oleh Penghulu / Juruteknik.
  • Setiap permohonan projek yang lengkap akan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri dalam jangkamasa satu(1) minggu daripada tarikh permohonan diterima.
  • Urusan Perlantikan Ketua Kampung dan ahli JKKK akan dikemukakan untuk kelulusan Kerajaan Negeri dalam jangkamasa empat (4) minggu dari tarikh mesyuarat Jawatankuasa Percalonan dan Perlantikan Ketua Kampung dan JKKK peringkat daerah.


BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH

  • Menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan lebih bertanggungjawab disamping bersedia untuk meningkatkan prestasi dan imej jabatan.
  • Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1 haribulan Januari setiap tahun.
  • Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.
  • Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dengan serta merta.
  • Mengeluarkan Sijil Carian Persendirian dengan serta merta.




































No comments:

Post a Comment