MINGGU KE 11
(9 FEBUARI 2015 – 13 FEBUARI 2015 )
|
- Ditugaskan untuk menyemak senarai-senarai projek
dan jumlah peruntukan khas projek di DUN Selama dan DUN Kubu Gajah.
- Memeriksa serta menanda senarai projek dan jumlah
peruntukan khas yang sudah dicetak.
- Ditugaskan unutuk membuat buku log keluar masuk
kakitangan pejabat.
- Belajar menggunakan Sistem e-hadir serta
mengemaskini kehadiran cuti atau tidak hadir semasa hari bekerja.
- Ditugaskan
untuk memperbaiki aturcara program Mobile CTC pada 28 Mac 2015.
- Menghadiri mesyuarat untuk program Mobile CTC
bersama ADO dan Pegawai-Pegawai Besar di Selama dan membincangkan
mengenai program, agensi, dan aturcara yang terlibat serta pengagihan
tugas.
|
MINGGU KE 12
(16 FEBUARI 2015 – 20
FEBUARI 2015 )
|
- Ditugaskan untuk menaip borang maklumbalas minit
mesyuarat Pentadbir Tanah Negeri Perak Bil 1/2015.
- Menaip ke dalam ‘Microsoft Word’ dan mencetak maklumbalas minit mesyuarat
tersebut dan serahkan kepada Pembantu Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah.
- Membuat kertas kerja iaitu menaip latar belakang
dan objektif mengadakan Program Malam Cinta Rasul serta aturcara majlis.
- Mengepil surat dan minit mesyuarat untuk Kelab
Petanda pejabat yang akan diadakan pada 18 Februari 2015.
- Cuti umum – Tahun Baru Cina.
|
MINGGU KE 13
(23 FEBUARI 2015 – 27
FEBUARI 2015 )
|
- Menyusun fail mengikut projek-projek di kawasan
Daerah Selama dan menyemak senarai projek di dalam buku sebelum masukkan
ke dalam fail.
- Membuat panggilan keluar masuk serta menyambungkan
talian antara pekerja pejabat dan orang luar.
- Menyalin semula senarai jalan yang ada di Daerah
Selama bagi tahun 2014 serta menyemak semula dan mengasingkan senarai
projek mengikut yang sudah ditulis.
- Memasukkan data-data projek Pembangunan Luar
Bandar seperti nama projek, peruntukan dan kod projek dengan menggunakan
sistem ‘Microsoft Excel’ dan
cetak.
|
MINGGU KE 14
(2 MAC 2015 – 6 MAC 2015 )
|
- Mengfaks surat permohonan meroboh dan membina
bangunan penghulu mukim di Ulu Selama, Ijok.
- Memasukkan nombor telefon yang hendak difakskan
serta memasukkan surat dan kertas projek ke dalam mesin faks.
- Menulis dan menyemak pembayaran tututan bagi
projek yang dijalankan di Daerah Selama dan DUN Kubu Gajah.
- Memeriksa dan menanda senarai projek di dalam buku
projek tahunan dan cetak melalui mesin pencetak serta menulis kos projek
bagi projek yang tidak lengkap ditulis.
- Menyusun dan mengasingkan pelan projek di setiap
kabinet laci projek.
- Mengeluarkan dan mengasingkan setiap pelan dari
kabinet laci projek mengikut projek yang dijalankan.
- Mengira kos jumlah nilai kontrak, pembayaran dan
kos pembinaan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
- Diajar cara menggunakan videoconferencing untuk
tujuan mesyuarat di sekitar pejabat kerajaan Negeri Perak.
|
MINGGU KE 15
(9 MAC 2015 – 13 MAC 2015
)
|
- Pengagihan
surat mesyuarat bagi program Mobile CTC di kawasan Selama Perak bagi
agensi-agensi yang terlibat.
- Menampal
alamat-alamat yang perlu dihantar ke ke tempat yang ditetapkan dan menghantar
surat mesyuarat ke setiap agensi di setiap kawasan Selama.
- Mengikut
seorang kakitangan pejabat menjalani aktiviti luar pejabat.
- Memasang
banner SPR Rang Daftar Pemilih Tambahan di setiap DUN Selama, DUN Kubu Gajah dan
DUN Ulu Selama.
- Menghantar
surat minit mesyuarat Mobile CTC ke Taiping dan Ipoh serta mengambil tandatangan
dan cop di setiap agensi.
- Mengguna
aplikasi ‘Adobe Photoshop’ untuk
mengubahsuai banner, banting, dan latar pentas bagi program Mobile yang diadakan
pada 28 Mac 2015.
- Membuka
aplikasi ‘Adobe Photoshop’ serta
mengubahsuai gambar yang telah siap dan cetak gambar yang telah diubahsuai.
- Membantu
staf pejabat untuk mengfaks surat permohonan meroboh dan membina pejabat
penghulu mukim di Ijok, Selama.
|
No comments:
Post a Comment